Reaksi Permulaan

  • Pada 1 minggu ke 2 minggu pertama, kulit akan terasa tegang, gatal, pedih , kusam serta diikuti dengan pengelupasan.Waktu ini berlaku, jangan di garu atau digosok dengan kain atau tisu kasar. Cukup hanya dengan menekap-nekap kulit wajah menggunakan kapas muka yang lembut. Ini bagi mengelakkan wajah terluka. Teruskan pemakaian.
  • Minggu ke-3, setelah pengelupasan berlaku secara merata, gatal-gatal yang dialami akan hilang dengan sendiri nya. Pori-pori pada kulit akan kelihatan mengecil serta parut-parut jerawat semakin pudar dan hilang. Tiada jerawat baru muncul. Teruskan pemakaian. (bagi yang tidak mempunyai masalah jerawat atau lain-lain masalah kulit wajah, wajah anda akan kelihatan bersinar dan cerah berseri pada peringkat minggu ini,kulit sekata serta tidak lagi perlu dicalit sebarang jenis mekap)
  • Pengelupasan yang agak lama akan dirasai disekitar hidung,mulut kerana disekitar itu, terdapatnya liang pori-pori kulit yang agak besar. Jadi pemulihan dan rawatan akan sedikit mengambil masa dikawasan tersebut.
  • Minggu ke 4 dan ke 5, wajah akan kelihatan berubah secara total. Tiada lagi liang pori-pori yang besar, warna pada kulit wajah menjadi semakin sekata. Sinar semulajadi wajah akan turut terpancar tanpa sebarang mekap dikenakan.